Friday 27 December 2013

Kupu-kupu dan wanita


         Cantik kupu-kupu terbang dan singgah seketika. Di lihat pada warnanya mempersonakan sekali. Aku amatinya apabila ianya terbang di hadapanku. Terpesona melihat warnanya yang pelbagai. Aku cuba ingin menyentuhnya. 
               Ya kupu-kupu cantik dan menawan, sebahagian terbang di waktu siang hingga pada bunga-bungaan menghisap manisan. Namun ada sebahagiannya terbang pada waktu malam. Siapapun akan terpikat melihat warna-warnanya yang menawan. Di sebalik kecantikan ianya mempunyai sayapnya yang rapuh dan mudah berderai.....
              Aku ingin tamsilkan kupu-kupu ini seperti wanita, sepertimana cantiknya kupu-kupu begitu juga cantiknya wanita. Wanita mempersonakan seperti mana kupu-kupu, Apabila wanita kelihatan cantik pasti banyak mata-mata yang melirik. Di sebalik lirikan mata lelaki pasti ada yang ingin menggenggamnya dan memilikinya. Bagaimana rapuhnya badan kupu-kupu begitulah juga wanita, jika imannya rapuh pasti ianya akan berderai seperti sayap kupu-kupu.
                Kupu-kupu diciptakan untuk menghiasai bunga-bungaan dan menghiasi alam, wanita juga diciptakan untuk menghiasi dunia dan memakmurkan alam. Tanpa wanita dunia seolah-olah sepi tanpa cahaya. Sejarah Nabi Adam membuktikan betapa hidup sunyi tanpa wanita hinggakan Allah menciptakan Hawa sebagai teman. Jangan ada lelaki yang berkata, dia tidak memerlukan wanita kerana wanita memang diciptakan untuk lelaki sebagai teman berbicara, bersenda gurau dan membina sahsianya. Memang Fitrahnya Allah menjadikan wanita sebagai teman sehidup semati.
                        Namun lelaki jangan pula menjadikan wanita sebagai kupu-kupu malam, tepat melempiaskan nafsu lalu meninggalkan begitu sahaja. Ternyata wanita amat diperlukan dalam kehidupan lelaki, Dalam tulisan sahabat  yang bergelar lelaki beliau mengatakan "wanita cukup perlu  dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merealisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri siapalah lelaki yang bergelar raja itu, tanpa isteri siapalah lelaki yang bergelar suami itu, tanpa wanita siapalah peria yang mahu digelar pemimpin itu dan tanpa perempuan siapalah maskulin yang mahu digelar ayah itu."
                       Alangkah besarnya dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki begitulah pentingnya kupu-kupu dalam proses pendebungaan.
                       



Thursday 26 December 2013

Melihat dan berfikir


Bila kita melihat sesuatu kita akan berfikir, kadangkala fikiran kita hanya memikir sepintas lalu. Adakala kita terus berfikir di luar jangkauan. Pemikiran kita biasanya bergantung kepada apa yang kita rasa dan kita lihat namun adakala apa yang kita fikir sama pula dengan apa yang orang lain fikirkan. Kita juga ada dua penglihatan  yang berbeza samada kita melihat hanya dari sudut mata  kasar atau melihat dari mata hati...