Friday 10 January 2014

Kulihat dia menangis....

Sedang aku sibuk  berchating di laman sosial tiba-tiba peti pesanan ringkas telefon bimbitku berbunyi. Sebaris ayat yang tertulis bermaksud ingin bertemu. M memang gila kalau datang tak menentu dan pulangpun begitu. Aku bersiap alah kadar, Sepuluh minit kemudian keretanya berada di depan pagar rumahku. Waktu solat semakin menghampiri dalam hati kuberkata "Takkan nak jumpa waktu ni, selalunya hari Jumaat dia cepat ke Masjid.". 
          Aku lihat pintu kereta terbuka, Seorang perempuan keluar dari kereta. Aku menjerit kecil, rupanya dia membawa orang yag lama ku rindu.  Setelah sekian lama menghilang tanpa khabar berita hari ini Z muncul di depanku. Riang hatiku segera kupeluk Z melepaskan kerinduanku.
        "Saya tinggalkan Z di sini ya. nak ke masjid " Aku senyum dan melambai pada dia, dia memang suka buat kejutan padaku. Segera ku ajak  Z masuk. Kami duduk di ruang tamu, keperhatikan wajah Z yang agak murung dan badannya semakin kurus.
          Lama hilang pasti ada cerita sedih yang tersimpan, Aku hanya mendengar cerita Z dari jauh, setiap kali ada teman yang menyampaikan berita tentangnya aku hanya dapat bersimpati dan berdoa semoga dia bahagia di bawah perlindunganNYA.
             Dari bertanya khabar hingga Z mula membuka ceritanya. Aku melihat lelehan airmatanya sudah jatuh ke pipinya yang licin. Wajahnya yang cantik semakin hilang serinya dibaluti kesedihan dan penderitaan yang ditanggung selama ini. Aku mendengar setiap luahan hati Z. Aku cuba menjiwai perasaan seorang wanita yang begitu kecewa.  Retetan cerita demi cerita ku bawa jiwaku ke dalamnya. Aku ingin merasai kalau aku ada di tempatnya bagimana agaknya yang aku rasa, mampukah aku menjadi setabah dia.
                "Hidup aku bersulamkan air mata,aku umpama bola yang ditentang mengikut sesuka hati, aku dibuat seperti tiada perasaan seolah-olah Allah tidak mengurniakan rasa sakit di badanku."
                     Sesekali aku sapu airmataku yang turut sama-sama mengalir dengan airmatanya. Ketahuilah wahai sahabatku Z setiap kesakitanmu aku rasai namun apa yang mampu ku lakukan hanyalah bersimpati.dan berdoa moga ada sinar kebahagiaan menantimu di esok hari. Dia bukan calang-calang wanita sanggup menanggung derita fizikal dan mental sepanjang perkahwinannya.
              Dalam Z bercerita aku mula muhasabah diriku sendiri, alangkah beruntungnya aku hanya menjalani ujian kecil dari Allah aku sudah mengeluh dan kadang-kadang putus asa. Andai aku mengalami ujian seperti Z mampukah aku menghadapinya.
               Namun aku yakin setiap kesusahan itu ada kasih Allah di dalamnya.Aku berdoa untuk  Z semoga ada keampunan buatnya andai segala yang berlaku sebagai kifarah dosa-dosa silamnya. Yang pasti setiap ujian yang dilalui oleh Z, dia telah mendapat hikmah sabar. Z benar-benar menjadi orang yang sabar dan Redha dengan ketentuan Allah, pasti telah tertulis pahala sabar untuknya di akhirat nanti.
                Wahai sahabatku Z janji Allah itu pasti setiap orang itu akan diuji. Sikap sabar dan redha dengan ujian Allah itu  menjadikan kau bertambah kuat. Bersyukurlah kerana kau tidak terkandas dan tergelincir, masih ada keimanan dan tidak menyalahkan ALLAH kerana ujian itu.
                Hampir 2 jam M kembali, aku bersembang dengan M, diapun dah lama menghilang, rupa-rupanya dia mendengar kerinduanku pada Z, sanggup dia mencari Z untuk ditemukan dengan ku. Terima kasih M kau memang selalu memahami, terima kasih walau kau umpam pelangi  yang datang tanpa dijangkakan dan hilang tiba-tiba namun kau tetap mewarnai kehidupan kami. Terima kasih Allah kerana pengajaran ini sesunguhnya kau Maha Pengasih Lagi Penyayang. Namun seharian aku  tetap bersedih bersimpati dengan kehidupan Z.

No comments:

Post a Comment